Thursday 14 November 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 7 rumusan


RUMUSAN BAB 3



nor fatin adlina binti mohd salleh
192777

       Rumusan bagi bab 3 membincangkan tentang tiga kajian wacana tekstual lirik lagu, dan wacana tekstual cerita sosial dalam kalangan kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan saraf yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi, menjalani interaksi sosial dan masalah tingkah laku. Kanak-kanak ini mempunyai dunia mereka sendiri dan berinteraksi dengan orang lain merupakan satu perkara yang sukar. Analisis wacana tekstual dianalisis melalui lirik lagu dan cerita sosial manakala ujaran kanak-kanak dialanalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu dan cerita sosial tersebuT. Nilai sosial bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya keperibadian yang mulia. Dengan wujudnya nilai ini dalam diri, negara akan menjadi lebih aman. Kumpulan masyarakat dan individu yang diterapkan adalah keluarga, jiran tertangga, pelajar sekolah, pelajar unversiti, masyarakat setempat dan individu. Terdapat tiga kajian dalam buku ini iaitu meliputi kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Kanak-kanak”, kajian tentang wacana tekstual cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Ketiga-tiga kajian menggunakan pendekatan analisis wacana yang dicadangkan iaitu menganalisis tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan wacana. Sampel kajian terdiri daripada empat kanak-kanak autisme yang berumur 9-12 tahun. Kanak-kanak ditemani oleh ahli keluarga semasa kajian dilakukan. Kanka-kanak juga dipantau oleh guru dalam kelas semasa kajian dijalankan. Bahan untuk kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak” mengandungi lima buah lagu berjudul “keluarga”, “saya yang istimewa”, “Diri”, “Saya faham” dan “Saya tahu”. Setiap lagu juga mengandungi nilai sosial yang boleh diterapkan dalam kalangan kanak-kanak. Manakala kajian wacana tekstual cerita sosial akan menganalisis lima cerita sosial yang bertajuk “Keluarga saya”, “Saya yang istimewa”, “Nenek dan datuk”, “Hati” dan “Jiran”. Cerita-cerita ini ditulis bagi memberi kesedaran kepada masyrakat serta kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak autisme. Temu bual dilakuakn dalam kajian ketiga, iaitu wacana ujaran dalam kalangan pelajar autisme. Pelajar ditemu bual setelah mereka dipedengarkan dengan cerita sosial selama 14 minggu. Temu bual dan pemerhatian dirakam supaya setiap perkataan yang diujar dan bahasa badan yang dilakukan dapat dianalisis. Temu bual dan pemerhatian dilakukan setiap hari selama dua jam iaitu semasa pelajar mendengar cerita sosial tersebut. Setiap kali cerita sosial itu diperdengarkan, pelajar diberi peluang untuk bertanyakan soalan berkaitan cerita tersebut dan ini menggalakkan pelajar tersebut untuk turut bercerita bersama mereka. Perlakuan pelajar juga diperhatikan melalaui rakaman. Setiap gaya dan gerak badan dirakam bagi tujuan kajian ini. Sememangnya kajian ini penting dan bermanfaat terhadap masyarakat keseluruhannya, Kementerian pendidikan dalam merancang pembelajaran kanak-kanak istimewa, guru yang menyumbang ke arah penyediaan bahan-bahan untuk pembelajaran serta mengenal pasti strategi yang sesuai malahan ibu bapa dan keluarga sedar akan kepentingan pemahaman terhadap proses pembelajaran anak istimewa ini. Selain itu, kajian ini juga penting bagi penyelidik yang mencari penyelesaian masalah tentang kanak-kanak istimewa dan akhir sekali, kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian, dorongan dan pembelajaran berterusan berkesan supaya dapat menjalani kehidupan seterusnya. Model Penceritaan Cerita Sosial Kanak-kanak dapat membantu dalam memberikan kesedaran terhadap anak-anak istimewa, dan model ini memberikan ruang kepada penyelidik, guru sekolah dan ibu bapa menjalankan aktiviti bercerita bersama mereka. Model ini juga mengandungi bahasa yang mudah difahami dan jalan cerita yang menarik.(502 patah perkataan)



No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH 192777 DI SINI               Di sini saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira sa...