Tuesday 17 December 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)


NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH
192777



DI SINI

              Di sini saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira saya selama mengikuti kursus Penterjemahan Berbantukan Komputer kerana saya dapat menimba banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan berkaitan kemahiran penterjemahan menggunakan komputer. Saya berasa senang sekali sepanjang melakukan tugasan-tugasan yang diberikan oleh prof walalupun terpaksa melaluinya dengan penuh kesabaran kerana banyak tugasan yang prof berikan. Namun, saya sedar semua itu untuk mengajar saya dan rakan-rakan tentang kemahiran menterjemah ini dan meningkatkan lagi pengetahuan kami. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan penat kerana setiap kali kelas, prof akan memberikan tugasan yang banyak dan saya sendiri tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut dalam jangka masa kelas kursus ini. Oleh sebab itu, sejurus tamat kelas ini, saya akan menyambung menyiapkan tugasan ini di latar siswa bersama rakan-rakan supaya kami dapat menyiapkan tugasan tersebut sebelum berakhir tempoh masa yang prof tetapkan. Kami bertungkus lumus. Tidak sempat berpaling kiri dan kanan. Khusyuk menatap laptop sahaja. Sakit bahu dan pinggang hanya Allah yang tahu. Ya, memang penat tetapi semua ini menjadi momen yang sangat indah bagi saya sendiri dalam perjalanan saya menamatkan bacelor saya di UPM ini. Satu lagi, kalau kelas prof ini, memang saya takut untuk tidak hadir. Demam ke, sakit macam mana sekali pun, saya akan berusaha untuk datang kerana sekali tidak hadir, banyak yang akan terlepas dan tertinggal.
             Walau apapun, kelas ini sangat seronok kerana prof itu sendiri dan semua kerja-kerja yang prof bagi akan habis hari itu juga. Maksudnya, saya tidak perlu susah atau runsing memikirkan tugasan lama-lama kerana sekali prof bagi, hari itu juga mesti siap. Memang penat tetapi seronok kerana beban itu cepat terlerai…hihi.. saya masih teringat semasa awal-awal kelas bagi kursus ini, setiap apa yang diujarkan oleh prof, saya akan salin supaya tiada yang terlepas pandang sebab arahan untuk satu-satu tugasan tu prof bagi banyak. Jadi, saya kena fokus dan catat elok-elok. Tetapi lama-kelamaan, saya rakam je apa-apa arahan prof. nak tulis semua banyak sangat. Haha. Ha! Ada juga kami kena terjemahkan cerita yang prof ceritakan untuk kami. Sebelum terjemah tu, kami kena salin dulu semua cerita tu. Alahai… masa itu gamat bilik kuliah tu dengan suara-suara prof yang sedang bercerita. Kami semua gigih menaip cerita tersebut dan terjemahkan ke bahasa Inggeris menggunakan mesin terjemahan atas talian. Satu lagi, kelas ini kena ada internet yang kuat sebab nak terjemah tu. Kalau internet sekadar macam siput sedut, jangan mimpi dapat siapkan kerja yang prof bagi tepat pada masanya. Jadi, saya sebelum masuk kelas tu lagi, dah langgan internet dekat telefon dan buat hotspot lah… mujurlah kelas prof sekali seminggu sahaja. Kalau tidak, kredit saya habis dengan langgan internet untuk kelas prof je.. hahaha.. sungguh…..semua penglaman ini akan saya abadikan dalam hidup saya. Walaupun penat, saya gembira kerana masih lagi berpeluang untuk mengikuti kursus prof. semoga prof sentiasa diredhai Allah SWT dan sentiasa kuat dalam mendidik anak bangsa. Sampai kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.. Assalamualaikum….

No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH 192777 DI SINI               Di sini saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira sa...