Cerita ini mengisahkan tentang seorang pensyarah
di UPM yang anti-sosial. Pada zaman beliau di universiti dahulu, beliau tidak
mempunyai ramai kawan di peringkat ijazah, master mahupun phD. Beliau banyak
menghabiskan masa dengan keluarganya sahaja. Sepanjang beliau berusaha untuk
mencapai kejayaan pada tahap sekarang, beliau telah melanjutkan pengajian di
univeristi antarabangsa. Beliau menghadapi ujian hidup di mana beliau terpaksa
bertukar ganti penyelia untuk phD nya. Tetapi berkat kesabaran dan beliau
sering menukar penyelia itu, beliau berjaya menyudahkan phD nya dengan jayanya.
setelah berjaya, beliau turut banyak meluangkan masa dengan keluarganya. Beliau
banyak keluar bersama anak-anak beliau dan pada suatu hari, beliau telah
mengunjungi satu majlis perkahwinan. Beliau telah berjumpa dengan individu yang
tidak dikenalinya tetapi orang itu sangat mengenalinya dan terus mengimbau
kenangan lalu dengannya. Untuk menjaga hatinya, beliau berpura-pura
mengenalinya dan menjawab setiap soalan yang ditanya dengan jawapan selamat.
Beliau berharap selepas ini beliau tidak lagi berjumpa dengan individu itu agar
tiada lagi momen beliau berasa tidak selesa dan berpura-pura. Pada zaman
sekolah menengah dahulu, beliau belajar di sekolah convent yang terdiri
daripada pelajar perempuan sahaja jadi beliau kurang bergaul dengan lelaki.
Kebanyakan kawan-kawan beliau atau rakan sekelas beliau mempunyai teman lelaki
dari sekolah berhampiran. Walau bagaimanapun, beliau tidak peduli dan terus
belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga beliau berjaya pada tahap sekolah
ini. Beliau sedar, sikapnya yang anti-sosial ini mempunyai banyak kelebihan
kerana sikap ini mendorongnya untuk terus berusaha sehingga berjaya. Dia
menitipkan pesanan buat pelajar-pelajarnya untuk bersikap anti-sosial dan
kurang bercakap kerana jika kita sering bercakap, kemungkinan untuk melakukan
kesilapan itu besar. Beliau juga sering memuhasabah diri sekiranya terdapat
satu hari itu beliau terlalu banyak bercakap kerana beliau khuatir akan
melakukan banyak kesilapan dan melukakan hati ramai orang. Dia berharap setiap
pelajarnya dapat mengamalkan sikap ini kerana banyak kelebihannya dan sikap ini
mestilah diterapkan sesuai pada masanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)
NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH 192777 DI SINI Di sini saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira sa...

-
NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH 192777 Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. 2017. Penerbit UMT Universiti Malaysia ...
-
NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH 192777 DI SINI Di sini saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira sa...
No comments:
Post a Comment