Tuesday 17 December 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (Ulasan buku 200 Qoutes)




NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH
192777




Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim.
2017.
Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.
RM20.00




Ulasan Buku Qoutes

Buku bertajuk “200 Qoutes for you… for us…” merupakan buku kata-kata hikmah yang ditulis oleh dua orang penulis yang hebat iaitu Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Dalam buku ini terdapat 200 kata-kata hikmat yang dapat memberi inspirasi kepada para pembacanya. Semua isi kandungan dalam buku Qoutes ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Sebanyak 100 kata-kata hikmat ditulis oleh Noraien Mansor bermula pada halaman 1 sehingga 100, manakala 100 lagi ditulis oleh Normaliza Abd Rahim bermula pada halaman 103 sehingga 202. Dalam buku ini juga terdapat pelbagai mesej yang diketengahkan seperti tema percintaan, kejayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Kata-kata yang digunakan sangat mudah untuk difahami pembaca. Buku ini juga dapat memberikan kesan kognitif dan emotif kepada diri seseorang yang membacanya. Ayatnya sangat ringkas tetapi penuh makna. Buku ini dapat dijadikan pedoman kepada setiap individu yang membaca. Buku ini juga dapat menjadi inspirasi kepada pembaca di luar sana. Dapat dirumuskan bahawa penulis ingin memberi kata-kata semangat kepada pembaca supaya terus bangkit dan tidak berputus asa walau apa jua dugaan dan rintangan yang mendatang. Hal ini kerana dalam kehidupan setiap orang tidak semuanya indah belaka dan pasti ada turun naiknya. Buku ini dapat memotivasikan seseorang untuk terus berusaha agar dapat mencapai apa yang diinginkan.


The book entitled "200 Qoutes for you ... for us ..." is a book of words of wisdom written by two great authors, Noraien Mansor and Normaliza Abd Rahim. In this book there are 200 words of wisdom that can inspire his readers. All content in this Qoutes book is written in English. A total of 100 words of wisdom written by Noraien Mansor begin on pages 1 to 100, while another 100 are written by Normaliza Abd Rahim from pages 103 to 202. In this book there are various messages highlighted such as themes of romance, success, happiness and so on. The words used are very easy for the reader to understand. This book can have a cognitive and emotive effect on the reader. The verse is very simple but full of meaning. This book can be a guide for any individual who reads it. This book can also be an inspiration to the readers outside.  It can be concluded that the author wishes to encourage the reader to continue to rise up and not to give up despite any preconceptions and obstacles. This is because in everyone's life not everything is beautiful and there is always a fluctuation. This book can motivate someone to keep striving to achieve what they want.


No comments:

Post a Comment

BBN3402Satu2019: Minggu 14 (DI SINI)

NOR FATIN ADLINA BINTI MOHD SALLEH 192777 DI SINI               Di sini saya ingin meluahkan rasa syukur dan gembira sa...